Rabu, 30 November 2011

Dosa Mengundurkan Diri Daripada Berjihad

Setiap orang Islam wajib memelihara dan menjaga serta membela agamanya daripada dicerobohi oleh musuh.Apabila musuh telah menceroboh,maka setiap umat Islam diwajibkan berperang melawan dan mempertahankan diri dan agama Islam.

       Dalam masa peperangan memerangi serangan musuh Islam,Allah melarang kita melarikan diri,kecuali mempunyai tujuan untuk menyusun strategi untuk serangan balas.Kalau lari kerana takut kepada musuh dan membiarkan rakan seperjuangan atau agama diceroboh,maka Allah telah mengutuk dan menancam dengan api neraka di Akhirat.

       Firman Allah S.W.T,

          
 
       Maksudnya: "Barangsiapa melarikan diri dalam peperangan kecuali mengundur untuk menyusun strategi (bagi menyerang balas) , mereka itu adalah mendapat kemurkaan Allah dan di Akhirat tempat mereka di dalam neraka Jahanam dan amat buruklah tempat kediaman."
                                                                                                  (Al-Anfal : 16)
        Maka ulasannya,sentiasa berbaktilah kepada agama dan sentiasa ikhlas dalam berjihad kerana ianya salah satu perkara yang dituntut di dalam agama Islam.








       

Selasa, 29 November 2011

Amalan-Amalan Sunat Mengikut Takwim Islam



Amalan Sepanjang Masa

  1. Solat fardhu berjemaah di masjid, surau atau di rumah.
  2. Mendirikan solat sunat Rawatib.
  3. Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat Tahajud, Witir, Isyrak, Duha, Awwabin, Tasbih dan lain-lain.
  4. Membaca zikir ma'thurat selepas solat subuh
  5. Membaca Al-Quran
  6. Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas agama dan sebagainya.
  7. Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb, 14hb dan 15hb mengikut takwim Islam (dipanggil hari-hari bulan cerah), pada 28hb, 29hb dan 30hb (dipanggil hari-hari bulan gelap)
  8. Membaca segala wirid/doa harian.
  9. Bersedekah.
  10. Mengerjakan umrah jika mampu, khususnya pada bulan Ramadhan.
  11. Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain daripada perbuatan maksiat dan keji.
  12. Mengingati Mati dan menziarahi saudara/ sahabat yang sakit dan yang mati, solat jenazah dan menghantarnya ke kubur.
  13. Menziarahi sahabat handai, saudara-mara lebih-lebih lagi orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru.

Khamis, 17 November 2011

5 Syarat Untuk Engkau Melakukan Maksiat






Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan gembira dan tidak sabar-sabar bertanya: 

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata: "Syarat-syarat itu adalah:
  1. Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya.

    Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

    "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "


  2. Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
     Syarat ini membuat lelaki itu amat terkejut.

    Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

    "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.


  3. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!
    Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

    "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat seterusnya

  4. Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, minta tangguhlah kematianmu itu untuk bertaubat.

    Lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar: "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

    "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
     
  5. Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka, jangan engkau ikut bersamanya.

    Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " 

Akhirnya dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya sambil teresak-esak.

Isnin, 14 November 2011

Lupa Dan Lalai Dengan Allah

Dimaksudkan orang yang lupa dan lalai dengan Allah ialah ia tidak mengendahkan atau mengabaikan perintah Allah dan Rasul.Antara sebab mereka tidak mengendahkan dan mengabaikan segala perintah Allah ialah kerana hati mereka tidak ada rasa takut dan gerun dengan Allah serta tidak takut dengan seksaan Allah di akhirat ( neraka).Maka sebab demikianlah mereka dengan sewenang-wenangnya melanggar perintah Allah,tanpa mengendahkan ancaman Allah.Selain daripada itu yang menyebabkan seseorang itu lalai dengan perintah Allah dan larangan Allah,ialah hawa nafsu.Lalu mereka cuma memikirkan bahawa kehidupan ini cuma di dunia tanpa memikirkan ehwal akhirat.

      Dalam al-Quran,Allah mengingatkan orang yang lalai dengan duniawi.Firman Allah,


Maksudnya: Wahai orang yang beriman janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah . Siapa yang bersikap demikian (lalai dengan duniawi) , dia adalah orang yang rugi".
                                                                                      (al-Munafiqun : 9 )

Firman Allah lagi,


Maksudnya:"lelaki yang dilalaikan oleh perniagaan dan jual-beli daripada mengingati Allah dan lalai daripada mendirikan solat dan daripada mengeluarkan zakat , maka ditakuti akan sesuatu hari nanti hati dan penglihatan mereka menjadi gongcang."
                                                                                          (an-Nur : 37)

Tentang orang yang lalai dan tidak mengendahkan peringatan,Allah mengancam mereka,firman-Nya,


Maksudnya:"sesungguhnya kami akan jadikan (memenuhi) neraka jahannam dengan golongan jin dan manusia, yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami, mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat kebenaran, mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar kebenaran. Mereka umpama binatang ternakan, bahkan lebih dahsyat dan sesat lagi daripada itu. Mereka itulah orang yang lalai (daripada peringatan Allah)."
                                                                                      (al-A'raf : 179) 





Dosa Memalsukan Keturanan

Dimaksudkan dengan memalsukan keturunan atau nasab ialah mengakui ayah kepada orang yang sebenarnya bukan ayahnya.Mengakui ibu yang bukan ibunya yang sebenar.Mengakui anak yang sebenarnya bukan anaknya.Demikian juga tidak mengakui keturunan sedangkan sebenarnya ia mempunyai hubungan keturunan dengan seseorang.Semuanya adalah termasuk salah satu daripada Dosa Besar.


          Antara sebab perbuatan mengakui keturunan yang bukan keturunannya itu dilarang kerana ia boleh melibatkan timbul maksiat atau dosa lain yang lebih besar.

         Umpamanya,boleh terjatuh zina,sekiranya seseorang mengakui anaknya atau ayahnya,sedangkan bukan sebenarnya anak atau ayahnya.Kalau anak itu perempuan tentu ia (orang yang mengakui ayah itu) diminta menjadi wali dalam perkahwinan sedangkan perkara itu tidak sah,maka perkahwinan itu tidak sah,lalu terjadi perzinaan dan melibatkan lahir anak yang tidak bersih atau tidak jelas nasabnya.Sementara dalam pergaulan pula ia tetap dihukumkan bergaul dengan sesama bukan mahram (ajnabi) dan pergaulan itu berdosa.Demikian dalam masalah pembahagian pusaka.Sekiranya anak yang bukan anak diberi pembahagian pusaka,sedangkan hakikatnya ia tidak berhak menerima pembahagian,maka harta yang bukan haknya diambil dan dimakan,maka hukumnya adalah haram.

       Sementara itu,jika seseorang itu tidak mengakui anak sedangkan sebenarnya adalah anaknya,maka anak itu tidak mendapat bahagian atau hak-hak yang sepatutnya ia peroleh,lalu ia dianggap menganiaya dan melakukan kezaliman terhadapnya.

       Demikianlah akibatnya ia akan menjadi bertali-tali dan sambung menyambung masalah dan dosa berpunca daripada sikap tidak mengakui keturunan atau mengakui keturunan kepada yang bukan sebenarnya keturunan yang sah.

       Oleh sebab itulah Raulullah S.A.W amat melarang perbuatan tersebut.Sabda beliau,maksudnya      

               "Barang siapa yang mengakui sebagai keturunan sedang bukan keturunan , maka ia telah KAFIR . Dan barang siapa tidak mahu mengakui keturunan (nasab) sedang sebenarnya adalah keturunannya , sekalipun kecil , maka ia juga KAFIR dengan Allah."
                                                            (Riwayat at-Tabrani dalam az-Zawajir)

         Sama-samalah kita menghindari daripada perbuatan tersebut.Dan binalah keluarga yang bahagia agar hidup menjadi aman dan tenteram.




Perlindungan Daripada Syaitan



Diriwayatkan oleh Thabrani di dalam Al-Kabir, dan oleh Al-Hakim dikatakannya sahih, dari Ibnu Mas'ud r.a., ia berkata, Nabi SAW bersabda:

"Siapa sahaja membaca sepuluh ayat dari surah Al-Baqarah: empat ayat dari permulaan (1-4), satu ayat Al-Kursi ( Al-Baqarah: 255), dua ayat sesudah Al-Kursi ( Al-Baqarah: 256-257), dan ayat-ayat penghabisan ( Al-Baqarah: 284-286), syaitan tidak dapat masuk ke rumah hingga pagi."

Moga dijadikan Amalan.

Hatiku Berdebat Dengan Akal





Di samping mengaji mengunakan
akal,
Tanyalah hati juga kerana pandangannya berbeza,
pandangan hati tajam sekali,
hinggakan dapat menembusi ke alam hakiki.

kadang-kadang akal menfitnah hati, sebab ia tidak mampu membezakan
“penampilan” dan “realiti”.

sebab itu Baginda pernah bersabda
takutlah kamu
dengan FIRASAT mukmin sejati kerana MEREKA
melihat dengan NUR Allah
((( H.R. Imam Termizi )))

kalau tak nak mengunakan akal bagaimana
nak pecahkan Hidding Code berkenaan
dengan
Molekul-molekul sihir yang di lekatkan
pada teknologi
Yakjuj-Makjuj...
Surah Al-Kahfi pendinding diri?
Dajjal menaiki KELDAI yang mempunyai
panjang
70 hasta telinga?
Kenapa Baginda mengaitkan MATA pada
Dajjal?

~MATA kiri Dajjal buta?
~Apa maknanya?
~Benar2 butakah?
Manusia ada berapa MATA?

[ Orang akan kata aku gila sebab kata macam ni ]

tahu sebab apa?
sebab terlalu banyak mengunakan akal, tetapi tidak
pernah menanya hati.

Sebab tu hadis MELAYU ada mengatakan,

((( BERHATI-HATI MEMBUAT SESUATU )))

Tapi apakan daya..
lumrah manusia melihat mengunakan
mata...

Buta mata tak nampak dunia,
Buta hati tak nampak akhirat,
Buta mata ditipu orang,
Buta hati ditipu syaitan...

Nauzubillah...


Khamis, 10 November 2011

Iman Yang Sejati


Orang mukmin sejati adalah orang yang takut kepada Allah swt dengan semua anggota tubuhnya. Seperti apa yang telah dikatakan Abu Laits:"Takut kepada Allah swt akan terlihat tanda-tandanya dalam tujuh macam hal :

  1.  Lidahnya dia tentu akan mencegahnya dari bohong, menganjing,mengadu domba, berbual dan perkataan tidak berguna. lagi pula dia akanmenjadikannya sibuk dengan dzikir kepada Allah swt., membaca Al-Quran dan memperbincangkan ilmu. 
  2. Hatinya dia tentu akan mengeluarkan dari dalamnya perasaan bermusuhan, kebohongan dan dengki terhadap kawan kerana kedengkian akan menghapus segala kebaikan. Seperti apa yang disabdakan Rasulullah saw : "Hasad (dengki) menghancurkan kebaikan sebagaimanaapi menghancurkan kayu bakar". Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya hasad itu adalah termasuk penyakit-penyakit hati yang berat dan semua penyakit hati tidak dapat disembuhkan kecuali dengan ilmu dan amal.
  3. Penglihatannya , dia tidak akan memandang yang haram, baikmakanan, minuman, pakaian atau yang lain, tidak memandang kepada dunia dengan keinginan akan tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar dan dia tidak akan memandang kepada sesuatu yang tidak halal baginya. Rasulullah saw telah bersabda : "Barang siapa memenuhi matanya dengan haram, Allah swt akan memenuhi matanya besok hari kiamat dengan api neraka".
  4. Perutnya , dia tidak akan memasukkan haram ke dalamnya, kerana hal itu adalah dosa besar. Rasulullah saw bersabda : "Ketika sesuap haram jatuh pada perut anak cucu Adam, semua malaikat di bumi dan langit memberi laknat padanya selama suapan itu berada dalam perutnya, dan kalau ia mati dalam keadaan begitu maka tempatnya adalah Jahannam". 
  5. Tangannya dia tidak akan memanjangkan tangannya itu ke arah haram tetapi memanjangkannya kepada sesuatu yang terdapat taat Allah didalamnya. Diriwayatkan dari Ka’bil Ahbar, sesungguhnya dia berkata :"Sesungguhnya Allah swt menciptakan perkampungan dari zabarjad hijau,di dalamnya terdapat seribu rumah dan di dalam setiap rumah terdapatseribu buah kamar, tidak akan menempatinya kecuali seorang laki-laki yang disodorkan haram padanya, lalu dia meninggalkannya karana takutkepada Allah swt".
  6. Telapak kakinya dia tidak akan berjalan di dalam kemaksiatan kepada Allah tetapi berjalan di dalam ketaatan padaNya dan ridhaNya, serta kearah berkawan dengan ulama dan orang-orang shalih. 
  7. Ketaatannya dia tentu akan menjadikan ketaatannya itu murni kerana ridha Allah swt dan dia khawatir dari riya dan kemunafikan"Kalau dia telah melakukan Semuanya itu, maka dia termasuk orang-orangyang difirmankan Allah swt. :



  • Kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yangbertakwa" (Az-Zukhruf 35)
  • "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam taman-taman dan mata air-mata air yang mengalir". (AI-Hijr 45 /Adz-Dzariyaat 15)
  •  "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga dankenikmatan". (Ath-Thur 17)4) “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yangaman”. (Ad-Dukhan 51)[ petikan kitab Mukasyafatul Qulub(di balik ketajaman mata hati) karya Imam Al-Ghazali]