Ahad, 26 Disember 2010

GANJARAN SOLAT JUMAAT

Diriwayatkan bahawa Nabi Musa a.s. pergi ke bukit Baitul Muqadis. Sampai di sana, beliau melihat satu kumpulan sedang beribadat kepada ALLAH s.w.t. dengan penuh khusyuk. Nabi Musa a.s. kemudian bertanya dan mereka menjawab: "Kami termasuk umat Tuan. Kami telah beribadat kepada ALLAH s.w.t. sejak 70 tahun dengan bersungguh sungguh. Pakaian kami adalah kesabaran, makanan kami adalah tumbuh-tumbuhan dan minuman kami adalah air hujan." Melihat perkara itu Nabi Musa a.s. berasa senang hati.

Kemudian ALLAH s.w.t. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.:
"Hai Musa, ada suatu hari untuk umat Muhammad yang sembahyang dua (2) rakaat pada hari itu lebih utama daripada semua itu."

Bertanya Nabi Musa a.s., "Ya Tuhan ku, hari apakah itu?" ALLAH kemudian memberitahu bahawa hari yang dimaksudkan adalah hari Jumaat.

Sabda Rasullah yang bermaksud:
Apabila tiba hari Jumaat, ALLAH s.w.t. mengutuskan Malaikat turun ke bumi sedang pada tangan mereka memegang pena dari emas dan kertas kertas dari perak".

Malaikat berdiri pada pintu masjid dan mencatat nama orang yang masuk ke masjid dan bersolat Jumaat. Apabila selesai solat, Malaikat pulang ke langit. Mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami telah mencatat nama orang yang masuk ke masjid dan solat Jumaat."

Maka ALLAH s.w.t. berfirman:
"Wahai Malaikat-Malaikat Ku, demi keperkasaanKu, dan keagunganKu, sesungguhnya aku benar-benar mengampuni mereka semua dan dosa mereka tiada lagi walau sedikit pun" (apabila mereka bersolat Jumaat).

Doa setiap selepas mendirikan solat:
Allahumma a`inni `ala zikrika washukrika wahusni `ebadatika.
"Ya Allah, bantulah diriku supaya dapat selalu menyebut namaMu, bersyukur kepadaMu serta beribadah dengan baik terhadapMu."

(Cerita ini dipetik dari sebuah hadith (SIRI PENGAJARAN UMMAH) WJSB Resources)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan