Isnin, 27 Disember 2010

Niat Amalan Seorang Muslim Berpunca Dengan NIat Yang Ikhlas

hadis:"Dari sayyidina Omar Ibnu al-khatab r.a katanya:
aku mndengar Rasullah S.A.W bersabda:segala amalan anak adam, (perkataan,perbuatan dan pengakuan)tidak bernilai melainkan dimulakan dgn niat yang suci.Hanya seseorang itu akan beroleh balasan(dari amalannya) adalah berdasarkan niatnya .sesiapa yg berhijrah(berpindah dari satu tempat ke satu tempat yg lain atau satu kerja ke satu kerja yang lain)kerana mencari keredhaan Allah dan Rasulnya,maka balasan hijrahnya mendapat Allah dan Rasulnya(keredhaan Allah dan Rasul nya).sesiapa yang berhijrah dgn tujuan mendapat faedah dunia atau bertujuan mendapat faedah dunia atau bertujuan berkahwin dgn seseorg perempuan,maka hijrahnya itu mencapai kepada apa yg ditujukannya."
Huraian:
manusia wajib menjalankan usahanya setiap hari,siang dan malam
bagi membina kehidupannya yg cemerlang dan bernilai.Nilai amalan
tidak tercapai melainkan mesti penuh dgn ssyarat rukunnya supaya
amalan pahalaitu bernilai di sisi Allah dan diberi pahala dan
pahala itu menjadi bekalannya ke akhirat.Maka amat mustahak
seseorang itu memulakan kerjanya dgn memasang niat suci ke hadrat
Allah,tidak kerana yang lain.adapun segala sebutan terima kasih
kepada sesama manusia itu tidak mengurangkan ikhlas seseorang.
nabi brsabda;sesiapa yg tdak berterima kasih kepada manusia,maka
ia tidak bersyukur kepada Allah kerana setiap insan adalah hamba
Allah kerana setiap insan itu adalah hamba Allah ,apa yang ada
adalah juga dtgnya dari Allah jua....

Segala puji yang diluahkan tidak akan keluar dari empat punca iaitu:
1.puji qadim kepada qadim(Allah memuji diriNya sendiri[banyak
didapati dalam al-quran])

2.puji baru kpd kepada baru(manusia memuji sesama mereka dgn
berkata-katayg setaraf dengannya.

3.puji baru qadim(manusia memuji tuhannya Allah,manusia yg menunai
kan solat mereka akan membaca alhamdulillah[surah al-fatihah]17
kali di setap rakaat [solat yg wajib]).

4.puji qadim kepada baru(Allah memuji makhluk-Nya seperti firman
yg bermaksud:sesungguhnya engkau wahai Muhammad berada kemuncak
akhlak yg tinggi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan