Jumaat, 1 April 2011

Memaafkan Kesalahan Dan Menahan Marah

Hubungan kemasyarakatan tidak pernah terlepas dari tindakan pencerobohan atau melanggar hak orang lain,baik dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan,maka orang yang berasa dizalimi dianjurkan untuk menahan marahnya dan memaafkan pelakunya.

Allah S.W.T berfirman:

maksudnya:"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya". (Asy-Syura:37)

Allah S.W.T juga berfirman tentang sifat-sifat orang yang bertakwa:

maksudnya:"Dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan orang lain.Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan". (Ali Imran:134)

Yakni orang yang mampu menahan marahnya ketika menerima perkara yang tidak menyenangkan dari orang lain yang boleh memicu kemarahannya.Iaitu perkara yang menyebabkan hatinya terasa penuh dengan marah dan mengharuskannya untuk melakukan pembalasan dengan ucapan mahupun tindakan.

Orang tersebut tidak melaksanakan tuntutan sifat kemanusiaannya,melainkan menahan marah yang berkecamuk di dalam hatinya dan bersabar serta menahan diri untuk tidak melakukan keburukan serupa terhadap pelakunya.

Memaafkan orang lain bererti memaafkan orang yang berlaku buruk kepada anda baik dengan ucapan mahupun perbuatan.

Memaafkan lebih dalam nilainya daripada menahan marah.Oleh kerana memaafkan bererti tidak melakukan pembalasan terhadap orang yang berlaku buruk.

Ini hanya boleh terjadi pada orang yang menghiasi diri dengan akhlak yang indah dan melepaskan dirinya dari akhlak yang hina.

Orang begitu termasuk orang yang berdagang dengan Allah S.W.T kerana dorongan rasa sayang kepada mereka,ingin berbuat baik kepada mereka,tidak menyukai sesuatu yang buruk menimpa mereka,serta berharap mendapat keampunan Allah dan menyerahkan tanggungjawab pahala kepada Rabb Yang Maha Pemurah,bukan kepada hamba yang fakir.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:"Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim".
(Asy-Syura:40)

Orang yang mahu menahan marahnya padahal dia memiliki kemampuan untuk membalasnya dijanjikan akan mendapat kebajikan yang melimpah oleh Nabi S.A.W.

Mu'adz bin Anas Al-Juhani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:"Barangsiapa yang menahan marah sementara dia mampu melampiaskannya,maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di atas kepada semua makhluk hingga menyuruhnya memilih bidadari yang ia kehendaki". (HR.At-Tirmidzi,no.2253,jil 8,h.45-hadith hasan Albani,lihat:Sahih wa Daif Sunan Tirmidhi,jil 5,h.2021,h 21)

Memaafkan kesalahan orang lain dan kezalimannya bukanlah kelemahan atau kekurangan.Justeru sebaliknya merupakan keluhuran budi dan kemuliaan bagi yang bersangkutan.

Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya:"Sedekah tidak mengurangkan kekayaan.Allah tidak menambah seseorang hamba kerana memaafkan(orang lain)kecuali kemulian.Dan tidaklah seseorang bersikap rendah diri kepada Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya". (HR.Muslim,no 6757,jil 16,h.479)

Imam Ahmad mencatatnya dengan riwayat:

Maksudnya:"Dan tidaklah seseorang memaafkan tindakan zalim yang diterimanya melainkan Allah akan menambah kemuliannya". (HR.Imam Ahmad,no 7470,jil 15,h.438,Albani menilai daif.Lihat Daif al-targhib wa al-Tahrib,jil 2,h.h 1463,h.70)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan