Isnin, 14 November 2011

Dosa Memalsukan Keturanan

Dimaksudkan dengan memalsukan keturunan atau nasab ialah mengakui ayah kepada orang yang sebenarnya bukan ayahnya.Mengakui ibu yang bukan ibunya yang sebenar.Mengakui anak yang sebenarnya bukan anaknya.Demikian juga tidak mengakui keturunan sedangkan sebenarnya ia mempunyai hubungan keturunan dengan seseorang.Semuanya adalah termasuk salah satu daripada Dosa Besar.


          Antara sebab perbuatan mengakui keturunan yang bukan keturunannya itu dilarang kerana ia boleh melibatkan timbul maksiat atau dosa lain yang lebih besar.

         Umpamanya,boleh terjatuh zina,sekiranya seseorang mengakui anaknya atau ayahnya,sedangkan bukan sebenarnya anak atau ayahnya.Kalau anak itu perempuan tentu ia (orang yang mengakui ayah itu) diminta menjadi wali dalam perkahwinan sedangkan perkara itu tidak sah,maka perkahwinan itu tidak sah,lalu terjadi perzinaan dan melibatkan lahir anak yang tidak bersih atau tidak jelas nasabnya.Sementara dalam pergaulan pula ia tetap dihukumkan bergaul dengan sesama bukan mahram (ajnabi) dan pergaulan itu berdosa.Demikian dalam masalah pembahagian pusaka.Sekiranya anak yang bukan anak diberi pembahagian pusaka,sedangkan hakikatnya ia tidak berhak menerima pembahagian,maka harta yang bukan haknya diambil dan dimakan,maka hukumnya adalah haram.

       Sementara itu,jika seseorang itu tidak mengakui anak sedangkan sebenarnya adalah anaknya,maka anak itu tidak mendapat bahagian atau hak-hak yang sepatutnya ia peroleh,lalu ia dianggap menganiaya dan melakukan kezaliman terhadapnya.

       Demikianlah akibatnya ia akan menjadi bertali-tali dan sambung menyambung masalah dan dosa berpunca daripada sikap tidak mengakui keturunan atau mengakui keturunan kepada yang bukan sebenarnya keturunan yang sah.

       Oleh sebab itulah Raulullah S.A.W amat melarang perbuatan tersebut.Sabda beliau,maksudnya      

               "Barang siapa yang mengakui sebagai keturunan sedang bukan keturunan , maka ia telah KAFIR . Dan barang siapa tidak mahu mengakui keturunan (nasab) sedang sebenarnya adalah keturunannya , sekalipun kecil , maka ia juga KAFIR dengan Allah."
                                                            (Riwayat at-Tabrani dalam az-Zawajir)

         Sama-samalah kita menghindari daripada perbuatan tersebut.Dan binalah keluarga yang bahagia agar hidup menjadi aman dan tenteram.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan